Tuesday, 10 May 2016

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Selain itu, FZscarf juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan yang membeli tudung dari perniagaan ini. Antara perkhidmatan yang diberi ialah :-


Tutorial
Tutorial disediakan bagi yang memerlukan semasa pemilihan atau pembelian tudung dibuat oleh pelanggan. Tutorial ini juga disediakan dalam bentuk risalah sepertimana kaedah promosi yang digunakan dalam perniagaan FZscarf.

Monday, 9 May 2016

KAEDAH PROMOSI PRODUK

Salah satu promosi agar produk yang dijual semakin dikenal oleh orang ramai dan mendapat banyak pelanggan. Strategi pemasaran promosi dilakukan untuk menunjang dan meningkatkan penjualan produk tudung oleh perniagaan FZscarf.

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan promosi, salah satunya ialah dengan memanfaatkan media cetak. Walaupun era teknologi informasi mengarahkan khalayak pada penggunaan media internet, namun media cetak masih tetap bertahan. Ini kerana media cetak mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh media internet. Contohnya media cetak lebih mudah diakses dibandingkan dengan media internet. Bentuk media cetak sangatlah beragam. Setiap media cetak mempunyai kelebihan dan kekurangan, sehingga pemasar perlu mengkombinasika antara media satu dengan yang lain.

Bagi perusahaan kecil seperti perniagaan ini, bentuk kegiatan promosi yang dibuat oleh perniagaan ini adalah pengiklanan perkhidmatan atau produk melalui pengedaran risalah (flyers). Tujuan mengadakan kegiatan promosi adalah untuk menyebarkan malumat berkenaan perniagaan yang ditawarkan bagi menarik minat orang ramai.

Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan FZscarf untuk mempromosikan perniagaan dengan menggunakan risalah :


Isi Risalah

Isi atau perkataan-perkataaan yang dicetak dalam risalah menerangkan perkara yang hendak dipromosikan. Ia juga menggunakan isi yang ringkas agar mudah difahami serta mampu menarik perhatian pembaca.


 Lakukan Penilaian

Sebelum lembaran-lembaran risalah dicetak dalam jumlah besar, saya melakukan penilaian dan ujian terhadap keberkesanan risalah tersebut terlebih dahulu dengan cara mendapatkan pandangan dari rakan-rkan tentang keberkesanan kaedah ini.


            Tentukan Sasaran

Dalam menggunakan promosi menggunakan risalah, perkara utama yang dibuat ialah menentukan sasaran pelanggan. Contohnya untuk mengiklankan perniagaan menjual produk tudung, pengedaran risalah sesuai dilakukan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan risalah diedarkan di kawasan jualan butik-butik pakaian. Jadi, edaran risalah ini dilakukan pada orang dan tempat yang sesuai




Menyatakan Maklumat Lengkap

Perniagaan saya akan memastikan bahawa nama, alamat dan maklumat untuk pelanggan hubungi akan dinyatakan dengan betul. Ini tujuan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang dijual oleh perniagaan saya.


Flyers

Sunday, 8 May 2016

KAEDAH PENGHANTARAN TUDUNG FZscarf.Com

Salam to all,

Ramai yang bertanyakan bagaimana FZscarf membuat penghantaran tudung. So, untuk post kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana FZscarf menjamin tudung yang di hantar adalah selamat.
Kepada yang sudah ada pengalaman membeli tudung di FZscarf, pasti sudah biasa, tetapi yang belum ada pengalaman, sure nak tahu. Secara umumnya, Pihak kami menggunakan khidmat POSLAJU Malaysia. Memang amat efektif  pada FZscarf.Com.
Sedung akan di masukkan kedalam kotak khas sebelum di bungkus dengan plastik PosLAJU. Kotak ini akan menjamin dan protect awning tudung dari terkepak ataupun patah.mua tu
Penghantaran akan dibuat pada hari yang sama sekiranya kami menerima pembayaran sebelum pukul 2.30 petang. Penghantaran juga dibuat pada hari Sabtu. Untuk pelanggan di Semenanjung, anda amat beruntung…nak tahu kenapa? Rekod kami menunjukkan, setiap penghantran yang dibuat hanya mengambil masa hanya 1 hari sahaja! Ya…data ini memang konsisten.. So, jangan risau, Pihak POSLAJU memang memberikan yang terbaik! terima kasih POSLAJU!
Untuk Pelanggan di sekitar Sabah & Sarawak, Penghantaran memang mengambil masa 1-3 hari, kadang2 sampai hari ke-5. So, Pihak admin amat berharap agar anda semua dapat bersabar.
Alhamdulillah, so far penghantaran kami 100% berjaya sampai kepada pelanggan. Buat masa sekarang ni FZscarf memang memberikan keistimewaan FREE Delivery kepada pelanggannya seluruh Malaysia. Kepada Pelanggan dari Brunei , Singapore dan Indonesia delivery charges memang di kenakan. Semua charges mengikut standard POSLAJU Rate dan sekiranya pelanggan ingin lebih murah, kami akan membuat penghantaran dengan kaedah Registered Mail. Kosnya adalah separuh dari rate Poslaju.
Harap Post Kali ini memberikan penjelasan kepada yang kurang faham mengenai penghantaran oleh FZscarf



INTRODUCING "Lady Zara" by FZscarf

Untuk fashionista yang percaya bahawa kesopanan tidak datang dengan mengorbankan gaya peribadi, FZscarf adalah label fesyen popular di Malaysia yang memenuhi hijabster yang bergaya, bebas dan kontemporari. koleksi jenama fesyen wanita mengatasi seluruh musim dan boleh dengan mudah dimasukkan untuk memenuhi cita rasa tersendiri dan individu pemakainya




Kesederhanaan dan keanggunan datang bersama-sama dalam "Lady Zara" koleksi FZscarf terhadap hijabs bergaya untuk Mac 2016. Mempunyai rumit memperincikan dan diperbuat daripada chiffon mewah, hijabs datang dalam pelbagai lima warna - dari pastel merah jambu lembut yang kaya, tentera laut yang mendalam -, dan setiap bahagian mempunyai perhiasan diamante dengan logo jenama.Sesuai untuk mereka yang cenderung ke arah gaya minimalis, ini tudung cantik bekerja untuk semua majlis dan dengan reka bentuk gelung istimewa mereka dan boleh dengan mudah dipakai tanpa kekecohan yang mempunyai ikan wujud pin untuk mendapatkan corak.




Semak gaya yang terdapat di dalam koleksi "Lady Zara" di bawah:


Shawl


Plain Shawl



Printed Shawl




Contoh Pemakaian



Bawal


Plain Bawal



Sari Bawal



Contoh Pemakaian



Inner


Inner Shawl




Inner Neck