Monday, 9 May 2016

KAEDAH PROMOSI PRODUK

Salah satu promosi agar produk yang dijual semakin dikenal oleh orang ramai dan mendapat banyak pelanggan. Strategi pemasaran promosi dilakukan untuk menunjang dan meningkatkan penjualan produk tudung oleh perniagaan FZscarf.

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan promosi, salah satunya ialah dengan memanfaatkan media cetak. Walaupun era teknologi informasi mengarahkan khalayak pada penggunaan media internet, namun media cetak masih tetap bertahan. Ini kerana media cetak mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh media internet. Contohnya media cetak lebih mudah diakses dibandingkan dengan media internet. Bentuk media cetak sangatlah beragam. Setiap media cetak mempunyai kelebihan dan kekurangan, sehingga pemasar perlu mengkombinasika antara media satu dengan yang lain.

Bagi perusahaan kecil seperti perniagaan ini, bentuk kegiatan promosi yang dibuat oleh perniagaan ini adalah pengiklanan perkhidmatan atau produk melalui pengedaran risalah (flyers). Tujuan mengadakan kegiatan promosi adalah untuk menyebarkan malumat berkenaan perniagaan yang ditawarkan bagi menarik minat orang ramai.

Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan FZscarf untuk mempromosikan perniagaan dengan menggunakan risalah :


Isi Risalah

Isi atau perkataan-perkataaan yang dicetak dalam risalah menerangkan perkara yang hendak dipromosikan. Ia juga menggunakan isi yang ringkas agar mudah difahami serta mampu menarik perhatian pembaca.


 Lakukan Penilaian

Sebelum lembaran-lembaran risalah dicetak dalam jumlah besar, saya melakukan penilaian dan ujian terhadap keberkesanan risalah tersebut terlebih dahulu dengan cara mendapatkan pandangan dari rakan-rkan tentang keberkesanan kaedah ini.


            Tentukan Sasaran

Dalam menggunakan promosi menggunakan risalah, perkara utama yang dibuat ialah menentukan sasaran pelanggan. Contohnya untuk mengiklankan perniagaan menjual produk tudung, pengedaran risalah sesuai dilakukan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan risalah diedarkan di kawasan jualan butik-butik pakaian. Jadi, edaran risalah ini dilakukan pada orang dan tempat yang sesuai




Menyatakan Maklumat Lengkap

Perniagaan saya akan memastikan bahawa nama, alamat dan maklumat untuk pelanggan hubungi akan dinyatakan dengan betul. Ini tujuan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang dijual oleh perniagaan saya.


Flyers

No comments:

Post a Comment