Salah satu promosi agar produk yang dijual
semakin dikenal oleh orang ramai dan mendapat banyak pelanggan. Strategi
pemasaran promosi dilakukan untuk menunjang dan meningkatkan penjualan produk tudung
oleh perniagaan FZscarf.
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan
promosi, salah satunya ialah dengan memanfaatkan media cetak. Walaupun era
teknologi informasi mengarahkan khalayak pada penggunaan media internet, namun
media cetak masih tetap bertahan. Ini kerana media cetak mempunyai kelebihan
yang tidak dimiliki oleh media internet. Contohnya media cetak lebih mudah
diakses dibandingkan dengan media internet. Bentuk media cetak sangatlah
beragam. Setiap media cetak mempunyai kelebihan dan kekurangan, sehingga
pemasar perlu mengkombinasika antara media satu dengan yang lain.
Bagi perusahaan kecil seperti perniagaan ini,
bentuk kegiatan promosi yang dibuat oleh perniagaan ini adalah pengiklanan
perkhidmatan atau produk melalui pengedaran risalah (flyers). Tujuan mengadakan
kegiatan promosi adalah untuk menyebarkan malumat berkenaan perniagaan yang
ditawarkan bagi menarik minat orang ramai.
Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh
perniagaan FZscarf untuk mempromosikan perniagaan dengan menggunakan risalah :
Isi Risalah
Isi atau
perkataan-perkataaan yang dicetak dalam risalah menerangkan perkara yang hendak
dipromosikan. Ia juga menggunakan isi yang ringkas agar mudah difahami serta
mampu menarik perhatian pembaca.
Lakukan Penilaian
Sebelum lembaran-lembaran
risalah dicetak dalam jumlah besar, saya melakukan penilaian dan ujian terhadap
keberkesanan risalah tersebut terlebih dahulu dengan cara mendapatkan pandangan
dari rakan-rkan tentang keberkesanan kaedah ini.
Tentukan Sasaran
Dalam menggunakan promosi
menggunakan risalah, perkara utama yang dibuat ialah menentukan sasaran
pelanggan. Contohnya untuk mengiklankan perniagaan menjual produk tudung,
pengedaran risalah sesuai dilakukan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan
risalah diedarkan di kawasan jualan butik-butik pakaian. Jadi, edaran risalah
ini dilakukan pada orang dan tempat yang sesuai
Menyatakan Maklumat Lengkap
Perniagaan saya akan
memastikan bahawa nama, alamat dan maklumat untuk pelanggan hubungi akan
dinyatakan dengan betul. Ini tujuan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan
produk yang dijual oleh perniagaan saya.
 |
Flyers |